Habib Salim bin Ahmad bin Husain bin Sholeh bin Abdullah bin Umar bin ‘Abdullah bin Jindan bin Syaikhan bin Syaikh Abu Bakar bin Salim adalah ulama dan wali besar ini dilahirkan di Surabaya pada 18 Rajab 1324 (7 September 1906) dan wafat di Jakarta pada 16 Rabiulawal 1389 (1 Juni 1969). Awal Beliau menuntut Ilmu Agama di Madrasah al-Khairiyyah, Surabaya sebelum melanjutkan pelajarannya ke Makkah, Tarim dan Timur Tengah dan Berguru dengan banyak ulama.
Ulama Jakarta ini Seorang ahli hadis yang menghafal 70,000 hadis (i.e. ada yang mengatakan ratusan ribu hadis), Ia juga pejuang kemerdekaan. Beliau juga seorang ahli sejarah yang hebat, sehingga diceritakan pernah beliau menulis surat dengan Ratu Belanda berisikan silsilah raja-raja Belanda dengan tepat. Hal ini amat mengkagumkan Ratu Belanda, lantas surat beliau diberi jawaban dan diberi pujian dan penghargaan, sebab tak disangka oleh Ratu Belanda, seorang ulama Indonesia yang mengetahui silsilahnya dengan tepat. Tetapi tanda penghargaan Ratu Belanda tersebut telah dibuang oleh Habib Salim karena beliau tidak memerlukan penghargaan.
Seperti lazimnya para ulama, sejak kecil ia juga mendapat pendidikan agama dari ayahandanya. Menginjak usia remaja ia memperdalam agama kepada Habib Abdullah bin Muhsin Alatas (Habib Empang, Bogor), Habib Muhammad bin Ahmad Al-Muhdhar (Bondowoso), Habib Muhammad bin Idrus Alhabsyi (Surabaya), Habib Abubakar bin Muhammad Assegaf (Gresik), K.H. Cholil bin Abdul Muthalib (Kiai Cholil Bangkalan), dan Habib Alwi bin Abdullah Syahab di Tarim, Hadramaut.
Ketika Menunaikan Ibadah Haji |
Habib Abdul Qadir bin Ahmad Bilfagih |
Mengenai guru-gurunya itu, Habib Salim pernah berkata, “Aku telah berkumpul dan hadir di majelis mereka. Dan sesungguhnya majelis mereka menyerupai majelis para sahabat Rasulullah SAW dimana terdapat kekhusyukan, ketenangan dan kharisma mereka.”
Adapun guru yang paling berkesan di hatinya ialah Habib Alwi bin Muhammad Alhaddad dan Habib Abubakar bin Muhammad Assegaf.
Tentang Habib Alwi Alhaddad dan Habib Abubakar Assegaf, Habib Salim pernah berkata, ”Cukuplah bagi kami mereka itu sebagai panutan dan suri tauladan.”
Pada periode 1940-1960, di Jakarta ada tiga habaib yang seiring sejalan dalam berdakwah. Mereka itu: Habib Ali bin Abdurahman Alhabsyi (Kwitang), Habib Ali bin Husein Alatas (Bungur) dan Habib Salim bin Jindan (Otista).
Habib Ali bin Abdurahman Alhabsyi, Habib Ali bin Husein Alatas dan Habib Salim bin Jindan
|
Hampir semua habaib dan ulama di Jakarta berguru kepada
mereka, terutama kepada Habib Salim bin Jindan – yang memiliki koleksi
sekitar 15.000 kitab, termasuk kitab yang langka. Sementara Habib Salim
sendiri menulis sekitar 100 kitab, antara lain tentang hadits dan
tarikh, termasuk yang belum dicetak.
Seorang Ulama Pejuang Kemerdekaan
Pada 1940 ia hijrah ke Jakarta. Di sini selain membuka majelis taklim ia
juga berdakwah ke berbagai daerah. Di masa perjuangan menjelang
kemerdekaan, Habib Salim ikut serta membakar semangat para pejuang untuk
berjihad melawan penjajah Belanda. Itu sebabnya ia pernah ditangkap,
baik di masa penjajahan Jepang maupun ketika Belanda ingin kembali
menjajah Indonesia seperti pada Aksi Polisionil I pada 1947 dan 1948.
Dalam tahanan penjajah, ia sering disiksa: dipukul, ditendang, disetrum. Namun, ia tetap tabah, pantang menyerah. Niatnya bukan hanya demi amar makruf nahi munkar, menentang kebatilan dan kemungkaran, tetapi juga demi kemerdekaan tanah airnya. Sebab, hubbul wathan minal iman–cinta tanah air adalah sebagian dari pada iman.
Dalam usaha dakwahnya, beliau telah mendirikan madrasah di Probolinggo
serta mendirikan Majlis Ta’lim Fakhriyyah di Jakarta, selain merantau ke
berbagai daerah Indonesia untuk tujuan dakwah dan ta’lim. Mempunyai
ramai murid antaranya Kiyai Abdullah Syafi`i, Habib Abdullah bin Thoha
as-Saqqaf, Kiyai Thohir Rohili, Habib AbdurRahman al-Attas dan banyak
lagi.
Habib Salim juga aktif dalam perjuangan kemerdekaan Indonesia sehingga dipenjarakan oleh Belanda. Di zaman penjajahan Jepun, beliau juga sering dipenjara kerana ucapan-ucapannya yang tegas, bahkan setelah kemerdekaan Indonesia, beliau juga sering keluar masuk penjara kerana kritikannya yang tajam terhadap kerajaan apalagi dalam hal bersangkutan agama yang sentiasa ditegakkannya dengan lantang.
Sifat dan kepribadian luhurnya serta ilmunya yang luas menyebabkan ramai yang berguru kepada beliau, Presiden Soerkano sendiri pernah berguru dengan beliau dan sering dipanggil ke istana oleh Bung Karno. Waktu Perjanjian Renvil ditandatangani, beliau turut naik atas kapal Belanda tersebut bersama pemimpin Indonesia lain. Beliau wafat di Jakarta pada 10 Rabi`ul Awwal dan dimakamkan dengan Masjid al-Hawi, Jakarta.

Fatwa Habib Salim mengenai Ratapan 10 Muharram.
Lantaran Revolusi Syiah Iran yang menumbangkan kerajaan Syiah Pahlavi, maka ada orang kita yang terpengaruh dengan ajaran Syiah. Bahkan ada juga keturunan Saadah Ba ‘Alawi yang terpengaruh kerana termakan dakyah Syiah yang kononnya mengasihi Ahlil Bait. Habib Salim adalah seorang ahli berdebat dan orator ulung. Pendiriannya pun teguh.
Dialog dengan Ulama Syi'ah Syekh Mudzaf
|
Habib Salim bin Ahmad Bin Jindan telah menulis sebuah kitab membongkar
kesesatan Syiah yang diberinya judul “Ar-Raa`atul Ghoomidhah fi Naqdhi
Kalaamir Raafidhah”. Berhubung dengan bid`ah ratapan pada hari ‘Asyura,
Habib Salim menulis, antaranya:
• Dan di antara seburuk-buruk adat mereka daripada bid`ah adalah puak Rawaafidh (Syiah) meratap dan menangis setiap tahun pada 10 Muharram hari terbunuhnya al-Husain. Maka ini adalah satu maksiat dari dosa-dosa besar yang mewajibkan azab bagi pelakunya dan tidak sewajarnya bagi orang yang berakal untuk meratap seperti anjing melolong dan menggerak-gerakkan badannya.
• Junjungan Rasulullah s.a.w. telah menegah daripada perbuatan sedemikian (yakni meratap) dan Junjungan Rasulullah s.a.w. telah melaknat orang yang meratap. Dan di antara perkara awal yang diminta oleh Junjungan Rasulullah s.a.w. daripada wanita-wanita yang berbaiah adalah supaya mereka meninggalkan perbuatan meratap terhadap si mati, di mana Junjungan s.a.w. bersabda: “Dan janganlah kalian merobek pakaian, mencabut-cabut rambut dan menyeru-nyeru dengan kecelakaan dan kehancuran”.
• Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibnu Mas`ud r.a. bahawa Junjungan s.a.w bersabda: “Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah).” Maka semua ini adalah perbuatan haram dan pelakunya terkeluar daripada umat Muhammad s.a.w. sebagaimana dinyatakan dalam hadis tadi.
• Telah berkata asy-Syarif an-Nashir li Ahlis Sunnah wal Jama`ah ‘Abdur Rahman bin Muhammad al-Masyhur al-Hadhrami dalam fatwanya: “Perbuatan menyeru `Ya Husain’ sebagaimana dilakukan di daerah India dan Jawa yang dilakukan pada hari ‘Asyura, sebelum atau selepasnya, adalah bid`ah madzmumah yang sangat-sangat haram dan pelaku-pelakunya dihukumkan fasik dan sesat yang menyerupai kaum Rawaafidh (Syiah) yang dilaknat oleh Allah. Bahwasanya Junjungan Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kalangan mereka dan akan dihimpun bersama mereka pada hari kiamat.”

Kembali Berdakwah
Setelah Indonesia benar-benar aman, Habib Salim sama sekali tidak mempedulikan apakah perjuangannya demi kemerdekaan tanah air itu dihargai atau tidak. Ia ikhlas berjuang, kemudian kembali membuka majelis taklim yang diberi nama Qashar Al-Wafiddin. Ia juga kembalin berdakwah dan mengajar, baik di Jakarta, di beberapa daerah maupun di luar negeri, seperti Singapura, Malaysia, Kamboja.
Ketika berdakwah di daerah-daerah itulah ia mengumpulkan data-data sejarah Islam. Dengan cermat dan tekun ia kumpulkan sejarah perkembangan Islam di Ternate, Maluku, Ambon, Sulawesi, Kalimantan, Nusa Tenggara, Timor Timur, Pulau Roti, Sumatera, Pulau Jawa. Ia juga mendirikan sebuah perpustakaan bernama Al-Fakhriah.

Di masa itu Habib Salim juga dikenal sebagai ulama yang ahli dalam
menjawab berbagai persoalan – yang kadang-kadang menjebak. Misalnya,
suatu hari, ketika ia ditanya oleh seorang pendeta, ”Habib, yang lebih
mulia itu yang masih hidup atau yang sudah mati?” Maka jawab Habib
Salim, “Semua orang akan menjawab, yang hidup lebih mulia dari yang
mati. Sebab yang mati sudah jadi bangkai.”
Lalu kata pendeta itu, “Kalau begitu Isa bin Maryam lebih mulia dari
Muhammad bin Abdullah. Sebab, Muhammad sudah meninggal, sementara Isa —
menurut keyakinan Habib — belum mati, masih hidup.” “Kalau begitu berarti ibu saya lebih mulia dari Maryam. Sebab, Maryam
sudah meninggal, sedang ibu saya masih hidup. Itu, dia ada di belakang,”
jawab Habib Salim enteng. Mendengar jawaban diplomatis itu, si pendeta
terbungkam seribu bahasa, lalu pamit pulang. Ketika itu banyak kaum
Nasrani yang akhirnya memeluk Islam setelah bertukar pikiran dengan
Habib Salim.
Sejak lama, jauh-jauh hari, Habib Salim sudah memperingatkan bahaya kerusakan moral akibat pornografi dan kemaksiatan.
“Para wanita mestinya jangan membuka aurat mereka, karena hal ini merupakan penyakit yang disebut tabarruj, atau memamerkan aurat, yang bisa menyebar ke seluruh rumah kaum muslimin,” kata Habib Salim kala itu.
Ulama besar ini wafat di Jakarta pada 16 Rabiulawal 1389 (1 Juni 1969).
Ketika itu ratusan ribu kaum muslimin dari berbagai pelosok datang
bertakziah ke rumahnya di Jalan Otto Iskandar Dinata, Jakarta Timur.
Iring-iringan para pelayat begitu panjang sampai ke Condet. Jasadnya
dimakamkan di kompleks Masjid Alhawi, Condet, Jakarta Timur. Almarhum meninggalkan dua putera, Habib Shalahudin dan Habib Novel yang
juga sudah menyusul ayahandanya. Namun, dakwah mereka tetap diteruskan
oleh anak keturunan mereka. Mereka, misalnya, membuka majelis taklim dan
menggelar maulid (termasuk haul Habib Salim) di rumah peninggalan Habib
Salim di Jalan Otto Iskandar Dinata.
Sejak lama, jauh-jauh hari, Habib Salim sudah memperingatkan bahaya kerusakan moral akibat pornografi dan kemaksiatan.
“Para wanita mestinya jangan membuka aurat mereka, karena hal ini merupakan penyakit yang disebut tabarruj, atau memamerkan aurat, yang bisa menyebar ke seluruh rumah kaum muslimin,” kata Habib Salim kala itu.
Bersama Teman dan Sanak Keluarga |
Habib Novel bin Salim bin Jindan |
Ada sebuah nasihat almarhum Habib Salim bin Jindan yang sampai sekarang tetap diingat oleh keturunan dan para jemaahnya, ialah pentingnya menjaga akhlak keluarga.
”Kewajiban kaum muslimin, khususnya orangtua
untuk menasihati keluarga mereka, menjaga dan mendidik mereka,
menjauhkan mereka dari orang-orang yang bisa merusak akhlak. Sebab,
orangtua adalah wasilah (perantara) dalam menuntun anak-anak. Nasihat
seorang ayah dan ibu lebih berpengaruh pada anak-anak dibanding nasehat
orang lain.”
No comments:
Post a Comment